Followers

Monday, November 5, 2012

Teknologi Binaan


 

Teknologi Binaan:  ( Kestabilan Dan Kekuatan )
Keselamatan adalah menjadi keutamaan dalam memenuhi kehendak dan keperluan manusia. Dengan itu, bangunan dan jambatan perlu kuat dan stabil untuk keselamatan pengguna.
Kestabilan Struktur Binaan
Kestabilan sesuatu struktur adalah keupayaan untuk mengekalkan kedudukan asalnya apabila ditolak atau ditarik. Struktur yang kuat adalah struktur yang stabil dan tidak mudah tumbang dengan mudah apabila menerima tekanan seperti gegaran dan tiupan angin. Kestabilan sesuatu struktur bergantung kepada:
a.      Jarak pusat gravity dari tapak
b.      Bentuk struktur
c.       Luas tapas
a)      Jarak pusat gravity dari tapak
Ø Ketinggian struktur pula berkait dengan pusat graviti bagi struktur tersebut. Semakin tinggi struktur itu, tinggilah juga pusat gravitinya dan semakin kuranglah kestabilan struktur itu. Keseluruhan berat sesuatu objek bertindak melalui satu titik yang dipanggil pusat graviti. Pusat graviti adalah tetap bagi sesuatu objek dan tidak berubah walaupun orientasi objek berubah.
Ø  Kereta lumba direka bentuk dengan pusat graviti yang rendah untuk meninggikan kestabilannya. Ia juga direka untuk mempunyai luas tapak yang besar supaya ia lebih stabil semasa memecut di dalam litar.
b)    Bentuk Struktur
Ø  Antara bentuk yang kuat dan biasa digunakan untuk struktur binaan adalah:
i)        Silinder
Ia digunakan untuk membina menara kerana ia kuat dan tidak mudah roboh. Kebanyakan menara berbentuk selinder ini juga berongga di dalamnya. Ini bermakna bahan binaan yang digunakan akan dapat dijimatkan. Contoh binaan yang berbentuk silinder berongga ini ialah lampu jalan dan rumah api seperti gambarajah di bawah.



ii)      kubah (sfera)
Bagi kubah (sfera) juga banyak digunakan dalam binaan, terutamanya sebagai atap bangunan. Bentuk kubah (sfera) adalah kuat kerana tegangan dapat disebarkan kepada keseluruhan permukaannya yang luas.





iii)    kekisi
Contoh binaan yang menggunakan bentuk kekisi adalah menara kawat elektrik.


c)      Luas tapak
Ø  Lebih besar luas tapak ,lebih stabil objek itu.
Kekuatan Struktur Binaan
Kekuatan sesuatu struktur pula ialah keupayaan struktur itu untuk menahan daya yang bertindak ke atasnya. Jika ia boleh menahan beban yang berat dan tidak mudah patah atau runtuh, ia dikatakan sebagai satu struktur yang kuat. Struktur binaan terdedah kepada dua jenis daya, iaitu mampatan dan tegangan. Ia bergantung kepada :
Ø  Kekuatan setiap bahagian untuk menahan mampatan dan tegangan yang bertindak apabila ia menanggung beban.

Ø  Penggunaan bahan yang kuat
Contohnya,struktur yang diperbuat daripada keluli dan konkrit adalah lebih kuat daripada struktur yang diperbuat daripada kayu.

Ø  Keupayaan sesuatu struktur untuk mengimbang tegangan dan mampatan.


 





No comments:

Post a Comment