Followers

Tuesday, November 6, 2012

BANGUNAN YANG UNIK

Salam sejahtera kepada semua pembaca Dunia Matematik. Bertemu kembali dalam ruangan Kesenian Edisi Oktober 2009. Pemabaca budiman, sudahkah anda membaca edisi kami pada keluaran-keluaran lepas? Jika sudah, diharapkan anda mendapat maklumat daripada artikel-artikel lepas. Jika belum, kami sentiasa mengalu-alukan kunjungan anda ke Dunia Matematik.

    Baiklah, tema pada edisi kali ini ialah ‘Keindahan Rekabentuk Matematik’. Untuk ruangan Kesenian, editor ada membuat sedikit coretan untuk para pembaca sekalian. Tajuk pada kali ini ialah ‘Bangunan Ajaib’ . Tanpa melengahkan masa lagi, mari kita sama-sama lihat apakah hasil editor kali ini untuk tatapan pembaca. Selamat membaca!

    Pernahkah anda semua melihat bangunan-bangunan pelik yang terdapat di muka bumi ini? Bangunan pelik di sini bermaksud bangunan yang mempunyai rekabentuk yang lain daripada bangunan biasa yang pernah kita lihat. Mungkin ia juga dapat ditafsirkan sebagai bangunan yang kita semua tidak terfikir akan hasil rekabentuknya yang unik, menarik dan mengagumkan. Di sini editor ada sesuatu untuk di kongsi bersama pembaca tentang bangunan-bangunan unik di dunia.

RUMAH KUBUS (CUBIC HOUSES)



    Rumah Kubus ini terletak di Rotterdam, Belanda. Ia dibina pada tahun 1970-an dan diilhamkan oleh Piet Blom. Beliau pada asalnya hanya membina dua buah rumah berbentuk kubus ini. Tetapi khidmat beliau diperlukan untuk merekabentuk rumah di atas jambatan pejalan kaki. Beliau akhirnya mengaplikasikan idea rumah berbentuk kubus ini.


    Rumah ini didirikan di atas struktur tiang yang berbentuk heksagon. Setiap rumah kubus didirikan sebelah menyebelah dan kedudukan disengetkan antara satu sama lain. Rumah Kubus ini dibahagikan kepada tiga bahagian, iaitu atas, tengah dan bawah. Bentuk segitiga di bahagian bawah kubus tersebut merupakan ruang tamu. Bahagian tengah terdiri daripada bilik tidur dan bilik mandi manakala bahagian segitiga di bahagian atas pula boleh dijadikan bilik tidur atau ruang tamu tambahan.
   

HABITAT 67


    Habitat 67 adalah kompleks perumahan yang berbentuk kiub serta disusun bertingkat-tingkat tetapi tidak sekata. Habitat 67 dinamakan sempena tahun ia dibina iaitu 1967. Ia terletak di Montreal, Kanada. Arkitek disebalik struktur rumah yang unik ini ialah Moshe Safdie.
   


    Mengapakah bentuk kiub menjadi pilihan? Dari segi konsep seni bina, bentuk kiub melambangkan kestabilan. Dari segi mistik pula, bentuk kiub melambangkan kebijaksanaan, kebenaran dan kesempurnaan moral.


    Sebanyak 354 kiub ini dibina bertingkat dan sebelah menyebelah antara untuk membentuk 146 kediaman. Pada masa itu, Habitat 67 merupakan apartmen moden dan ekonomi.


ATOMIUM


    Atomium merupakan sebuah bangunan yang berbentuk seperti susunan atom. Atomium terletak di Brussels, Belgium. Ia sebenarnya dibina untuk Expo’1958 – 1958 Brussels World Fair di Belgium, tetapi disebabkan popularitinya meningkat, Atomium dijadikan sebagai struktur kekal dan dibuka untuk pameran. Atomium ini direka oleh Andre Waterkeyn dan Jean Polak.
   

    Atomium dibentuk daripada sembilan buah sfera yang dicantum oleh 20 tiub berbentuk silinder dan disokong oleh 2 bipod pada tapaknya. Jika kita lihat dengan teliti, gabungan sfera-sfera ini pula akan membentuk kiub. Diameter bagi setiap sfera ini adalah 18 meter. Saiz sfera yang menyerupai bentuk atom ini pula dibina 165 billion kali lebih besar daripada saiz atom yang sebenar.


    Jadi kita dapat melihat banyak aplikasi Matematik dalam pembinaan bangunan yang unik dan menarik. Bukan sahaja dari segi nombor dan ukuran sahaja, Malah bentuk-bentuk geometri juga ada kepentingannya. Bagaimana dengan anda di luar sana? Sesiapa yang bercita-cita menjadi arkitek suatu hari nanti, diharap dapat menjadi salah seorang yang dapat mereka sebuah bangunan yang unik di Malaysia pada masa hadapan. Sehingga bertemu lagi pada isu-isu yang akan datang. Selamat maju jaya!

Menara Masjid: Adopsi dari Tradisi Byzantium

kalon-minaret.jpg
by: sofwan{kalipaksi}
Sebuah masjid sepertinya hambar jika tanpa menara. Masjid-masjid jami’ di Indonesia hampir selalu mempunyai menara. Padahal, asal tahu saja, menara bukan unsur arsitektur asli bangunan masjid. Masjid Quba sebagai masjid pertama yang dibangun Nabi pun pada awalnya tak mempunyai menara.
Begitu pula ketika masa Islam dipimpin oleh empat serangkai khalifah al-rasyidin, mulai Abu Bakar hingga Ali bin Abu Thalib: masjid-masjid yang dibangun tak bermenara. Hanya saja ada semacam ruang kecil di puncak teras masjid sebagai tempat muazzin mengumandangkan adzan.
Dalam sejarah arsitektur masjid-masjid pertama, bisa dikatakan Khalifah Al-Walid (705-715) dari Bani Umayyah merupakan khalifah yang pertama kali memasukkan unsur menara dalam arsitektur masjid. Khalifah yang punya selera dan kepedulian tinggi dalam rancang bangun arsitektur inilah yang memulakan tradisi menara sebagai salah satu unsur khas pada masjid.

Tradisi membangun menara diawali oleh Khalifah Al-Walid ketika memugar bekas basilika Santo John (Yahya) menjadi sebuah masjid besar, yang kemudian menjadi Masjid Agung Damaskus. Pada bekas basilika tersebut tadinya terdapat dua buah menara yang berfungsi sebagai penunjuk waktu: lonceng pada siang hari dan kerlipan lampu pada malam hari.
Menara itu sendiri merupakan salah satu ciri khas bangunan Byzantium. Rupanya, Khalifah Al-Walid tertarik untuk mempertahankan kedua menara tersebut. Bahkan, kemudian ia membangun sebuah menara lagi di sisi utara pelataran masjid (tepat di atas Gerbang al-Firdaus). Menara ini disebut Menara Utara Masjid Damaskus. Satu tahun kemudian (706 M), Khalifah Al-Walid memugar Masjid Nabawi di Madinah. Masjid ini tadinya tak mempunyai satu pun menara. Al-Walid lalu memerintahkan para arsiteknya untuk membangunkan menara masjid sebagai tempat muadzin untuk mengumandangkan azan.
Bentuk menara pada Masjid Nabawi dan menara utara Masjid Damaskus sangat mirip, terutama pada ornamen kubah puncak menara yang ramping. Yang jelas, pada saat itu kehadiran menara masjid masih merupakan sesuatu yang baru. Bentuk menara seperti menara Masjid Agung Damaskus cukup populer. Bahkan, hingga 250 tahun kemudian, bentuk menara Masjid Nabawi dan Masjid Agung Damaskus ini juga menjadi model tipikal menara Masjid Al-Azhar yang dibangun oleh Dinasti Fatimiyah di Kairo.
Bentuk-bentuk Menara
Pada masa awal perkembangan arsitektur masjid, setidaknya ada beberapa bentuk dasar menara masjid. Tapi yang paling awal, seperti pada menara Masjid Nabawi dan Masjid Damaskus, menara itu tidak berdiri sendiri melainkan menyatu dengan struktur bangunan masjid. Pola seperti ini menyebar ke berbagai penjuru negeri-negeri muslim melintasi dataran Arab hingga ke Andalusia. Namun ada juga menara yang dibangun terpisah dari bangunan utama masjid, seperti menara Masjid Agung Samarra dan menara Masjid Abu Dulaf di wilayah Iraq.
Ada beberapa bentuk dasar menara masjid: menara klasik, menara variasi, menara segi empat, menara spiral dan menara silinder. Pada menara klasik (classic minaret): lantai dasarnya berbentuk segi empat, naik ke atas menjadi oktagonal (segi delapan) dan kemudian diakhiri dengan tower silinder yang dipuncaki dengan sebuah kubah kecil. Termasuk jenis ini misalnya menara Masjid Mad Chalif di Kairo, yang dibangun pada abad ke-11 masehi semasa pemerintahan Khalifah Al-Hakim dari Dinasti Fatimiyah.
Sementara itu, jenis menara variasi diawali dengan segi empat di bagian bawah, lalu bertransformasi menjadi segi enam yang dihiasi dengan balkon segi delapan. Menara Masjid Al-Azhar termasuk dalam jenis ini.
Sedangkan menara-menara masjid di Iran sebagian besar merupakan menara jenis menara silinder dengan diameter silinder yang semakin mengecil di puncak menara, misalnya menara Masjid Natanz di Iran.
pola silinder ala Persia
Sementara itu di Aleppo (di wilayah Mediterrania), terdapat tren baru bentuk menara masjid. Menara Masjid Aleppo ini sepenuhnya berbentuk segi empat dari dasar hingga puncak. Menara yang dibangun oleh penguasa Turki Seljuk pada tahun 1089 ini menggunakan batu sebagai material utama. Uniknya, sebagai tren baru, tidak ada kubah di puncak menara. Hasan bin Mufarraj, arsitektur yang merancangnya, memberikan sentuhan baru dengan meletakkan muqarnas di puncak menara setinggi 46 meter ini. Muqarnas tersebut menyerupai galeri dan berfungsi sebagai tempat muadzin.
Masih ada beberapa lagi menara segi empat yang terdapat di wilayah Mediterrania, seperti menara Masjid Agung Sevilla (yang disebut Menara Giralda). Menara ini pernah berfungsi sebagai menara lonceng katederal seiring dengan lahirnya kekuasaan Kristen di Spanyol. Menara segi empat lain terdapat di Masjid Kutubiyyah (dibangun 1125-1130) di Marrakesh, Maroko. Keberadaan menara segi empat pada masjid-masjid tersebut sangat dipengaruhi oleh menara Masjid Qayrawan (35 meter) yang mempunyai tiga undakan segi empat. Hanya saja, ada pengamat arsitektur yang menyebutkan bahwa bentuk menara masjid segi empat ini mengadopsi bentuk mercusuar kuno di Iskandarsyah, Mesir.
menara di masjid sevilla
Ada sebuah bentuk menara yang jarang diadopsi oleh menara-menara masjid di dunia, yaitu menara spiral. Bentuk khas menara pada masjid-masjid di Samarra ini merupakan tradisi dalam bangunan menara Mesopotamia. Menara Masjid Samarra dan Masjid Dullaf, bahkan hingga sekarang masih tegak berdiri walaupun sudah berusia 1.200 tahun. Padahal, bangunan masjidnya hanya tinggal reruntuhan saja. Bisa dikatakan kedua menara ini sebagai peninggalan arsitektur yang memberikan kesan bahwa perhitungan geometri para arsitek pada masa itu sudah sangat akurat. Masjid lain yang juga memiliki menara spiral adalah Masjid Ibnu Tulun di Fustat, Mesir.
menara samarra
Fungsi Menara
Menara masjid selain berfungsi sebagai tempat bagi muadzin mengumandangkan adzan juga bisa berfungsi ganda seperti halnya mercusuar atau menara pengintai. Hal ini terutama terdapat pada menara-menara masjid yang berada di kota pelabuhan atau tepi sungai. Corak menara Masjid Ribbat Shushah di Tunisia, misalnya, terdapat pada bangunan corak masjid yang sangat mirip sebuah markas militer.
Menara berbentuk silinder ini dibuat dengan gaya yang teramat kokoh untuk sebuah menara yang biasanya berbentuk ramping. Ribbat Shushah, sebagai kota pelabuhan, memanfaatkan menara masjid sebagai sarana untuk melakukan pengamatan lepas pantai dari balkon menara.
Dalam sejarah menara-menara masjid legendaris, masjid-masjid yang dibangun oleh Dinasti Turki Utsmaniyah tercatat memiliki menara yang paling tinggi. Wajar saja, sebab dinasti terakhir dalam kekhilafahan Islam ini sudah mengembangkan teknik konstruksi yang lebih moderen. Menara-menara itu pada umumnya dibangun dengan menerapkan pondasi pasak bumi generasi pertama.
Hasilnya, mereka bisa membangun menara masjid dengan ketinggian lebih dari 70 meter. Sebuah prestasi pada zamannya. Memang, tinggi menara-menara masjid itu masih lebih rendah dibandingkan menara Masjid Nabawi yang 105 meter. Namun, menara masjid Nabawi tersebut sudah merupakan hasil renovasi pemerintah Arab Saudi, yang notabene teknologinya sudah jauh lebih canggih.

Song-The sound of silence


BAHASA MALAYSIA TAHUN 1

Mircosoft Power Point

 Bahasa Malaysia Tahun 1


Blog-Bandul gergasi



Bola kekuli seberat 728 tan ini sebenarnya adalah bandul gergasi yang dipasang di salah satu bangunan tertinggi di dunia iaitu pada Taipei 101 di Taiwan. Bandul gergasi ini dapat membantu menstabilkan bangunan walaupun ditiup angin yang kuat dan serangan gempa bumi. Melalui mekanisme dan teori yang mudah, apabila bangunan itu bergerak ke arah kanan, bandul akan bergerak ke arah bertentangan dimana dapat mengurangkan pergerakan sebanyak 40%. Lihat gambar animasi ringkas dibawah untuk fahami mekanisme dan teori ringkas ini.




Kos lebih $USD 4 juta diperlukan untuk memasang bandul gergasi ini di dalam sebuah bangunan pencakar langit. Dikatakan, bandul gergasi ini akan menjadi kemestian dan wajib dipasang ke bangunan pencakar langit yang ada di negara-negara terdedah kepada gempa bumi pada masa akan datang.