Followers

Tuesday, November 6, 2012

Blog-Bandul gergasi



Bola kekuli seberat 728 tan ini sebenarnya adalah bandul gergasi yang dipasang di salah satu bangunan tertinggi di dunia iaitu pada Taipei 101 di Taiwan. Bandul gergasi ini dapat membantu menstabilkan bangunan walaupun ditiup angin yang kuat dan serangan gempa bumi. Melalui mekanisme dan teori yang mudah, apabila bangunan itu bergerak ke arah kanan, bandul akan bergerak ke arah bertentangan dimana dapat mengurangkan pergerakan sebanyak 40%. Lihat gambar animasi ringkas dibawah untuk fahami mekanisme dan teori ringkas ini.




Kos lebih $USD 4 juta diperlukan untuk memasang bandul gergasi ini di dalam sebuah bangunan pencakar langit. Dikatakan, bandul gergasi ini akan menjadi kemestian dan wajib dipasang ke bangunan pencakar langit yang ada di negara-negara terdedah kepada gempa bumi pada masa akan datang.

No comments:

Post a Comment